7 Tip Ini Akan Buat Anak Rasa Disayangi Dan Dihargai Anda
Mengasuh anak tidaklah mudah kerana apa yang menurut anda baik belum tentu baik di mata anak-anak anda. Apalagi anak-anak yang mulai mengerti dengan persekitarannya.
Terkadang sikap orang tua yang selalu merasa benar dalam mengasuh anak membuat anak merasa tidak dihargai dan menjadi memberontak. Oleh itu, janganlah terlalu keras dalam mengasuh anak-anak Anda.
Buat anak dapat rasa disayangi dan dihargai, dengan begitu mereka akan lebih mendengar dan menghargai anda. Bagaimana caranya? Ini tip daripada saya untuk anda.
1) Eye Contact
Ajarkanlah anak menatap mata apabila berbicara. Setiap kali anak berbicara dengan anda, lakukan eye contact secara langsung, sebagai tanda anda memberi respon setiap perkataannya.
Sesekali, berikan pula mereka senyuman saat berbicara dengan anda agar mereka terbiasa belajar ramah ketika berbicara dengan orang lain dalam kondisi apa pun.
2) Kata-Kata Kasih Sayang
Jangan berbicara dengan teriakan atau kata-kata kasar di depan anak. Ini menunjukkan bahawa anda adalah ibu bapa yang sombong. Sebaliknya, bicara pada anak dengan lemah lembut dan sering menggunakan kata-kata sayang, misalnya:
“Baik, Sayang”, “Anakku tersayang”, “Hati-hati ya anakku sayang”, “Kamu pasti boleh, Sayang.”
Ketika mereka sedang melakukan kesalahan sekalipun, tidak perlu sampai tengking atau mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan kerana itu akan buat hati mereka terluka.
Dengan melakukan hal ini, secara tidak langsung Anda akan membuat anak berasa sangat dicintai dan dihargai oleh Anda.
3) Komunikasi Lancar
Berkomunikasi dalam segala hal dengan anak-anak anda. Tanya apa yang mereka alami hari ini, situasi yang mereka hadapi, hal menarik yang mereka sukai hari ini dan sebagainya.
Jangan pernah bosan bertanya pada mereka, agar mereka juga dapat terbiasa berkomunikasi dengan anda. Komunikasi yang lancar antara anak dan anda akan mencipta satu hubungan yang semakin dekat dan selalu terjaga.
4) Berikan Motivasi
Sesekali, ajak anak berbicara empat mata sambil melakukan hal menarik agar anak tidak bosan. Berikan anak anda dorongan atau motivasi untuk hidup mereka.
Anda dapat mengambil contoh daripada teladan keluarga atau lingkungan sekitarnya. Ini bertujuan agar memberikan pemahaman untuk menjadi anak yang baik.
5) Beri Pujian
Jangan pernah bosan memberikan pujian pada anak anda kerana ini akan mendorongnya untuk menjadi lebih baik. Berikan pujian dalam aktiviti sehari-hari atau saat dia berlumba.
Baik menang atau kalah, tetaplah berikan dia pujian. Katakan padanya betapa anda sangat bangga padanya dan bahwa dia telah berusaha dengan baik.
6) Dengar Pendapat Anak
Banyak orang dewasa yang selalu merasa dirinya benar berbanding anak-anak. Pada hal, tidak hanya orang tua yang selalu mau didengari dan dihargai, anak-anak pun juga begitu.
Meskipun anda mungkin tidak setuju dan menganggap anak anda salah, tetapi sebaiknya anda menghargai pendapat mereka. Cukup dengan mendengarkan pendapat anak, anak akan berasa dihargai.
7) Minta Maaf
Hakikatnya perkataan ‘maaf’ sebenarnya mungkin tidak begitu mudah diucapkan, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perkara yang besar dan rasa ego dan malu dalam diri ibu bapa.
Ibu bapa adalah role model yang pertama dan paling berpengaruh dalam kehidupan anak-anak kecil. Setelah melihat ibu bapa berinisiatif untuk meminta maaf, anak anda akan berasa lebih mudah untuk melakukan hal yang sama apabila mereka melakukan kesilapan.
Tetapi, jika anda mengelakkan daripada meminta maaf sehingga menipu anak kecil, mereka juga akan belajar daripadanya.
Lebih bahaya jika anak-anak berpura-pura dan menyembunyikan sesuatu daripada anda semata-mata kerana terikut-ikut dengan perangai anda.
sumber : https://www.thevocket.com/7-tip-anak-rasa-disayangi-dihargai/