Jangan Pernah Lupa Siapakah Yang Setia
Ibu, seorang wanita yang melahirkan kita, pernahkah dengar sejahat mana pun anak itu, ibu akan tetap sayangkan mereka kerana anak itu lahir dari rahimnya dan dikandung selama 9 bulan, apatah lagi anak itu seorang anak yang baik.
Ibu, adalah wanita yang paling setia bersama kita walaupun susah senang, lihatlah anak-anak, ramai antara kita bila susah akan cari ibu, berhutang, tetapi jarang sekali ibu menghampakan kita kerana mereka tidak sanggup melihat anak mereka susah.
Jagalah hati ibu, ingatlah pengobanan mereka membesarkan kita disamping pengobanan seorang ayah, elakkanlah melakukan perkara yang menyakiti hati mereka.
Isteri pula seorang wanita yang dijodohkan oleh Tuhan untuk bersama lelaki yang bergelar suaminya, berjanji setia sehingga mati dan hidup bersama walau dalam keadaan susah dan senang.
Isteri, walaupun betapa susahnya suami, majoriti mereka akan setia bersama susah senang, jadi jika anda lelaki dapat isteri seperti ini, hargailah mereka, jagalah hati mereka sebaik-baiknya.
Jika kita sudah senang, ingatlah siapa yang berada bersama kita semasa kita susah, pengorbanan yang mereka sudah lakukan bersama kita.
Dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad sebuah kisah tauladan yang cukup berguna kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan sudah berumah tangga, kisah pengorbanan wanita-wanita ini diceritakan sebagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh seorang lelaki di dalam cerita dibawah.
JANGAN LUPA KITA PERNAH SUSAH
Ada seorang gadis yang buta akibat kemalangan jalanraya. Dia sangat membenci dirinya kerana tidak dapat melihat seperti dulu. Dia hanya menyayangi teman lelakinya yang mencintainya tanpa syarat. Selalu berada di sisinya di saat susah dan senangnya.
Dia memberitahu teman lelakinya bahawa dia akan sedia berkahwin dgn teman lelakinya jika dia dpt melihat semula.
Suatu hari ada orang yang sanggup menderma anak matanya untuk gadis ini.
Selepas pembedahan dan balutan dibuka, dia gembira kerana dapat melihat semula, termasuk teman lelakinya.
Dia sangat terperanjat melihat keadaan diri teman lelakinya yg juga buta.
Teman lelakinya berkata “Sekarang awak sudah dapat melihat. Sudikah awak berkahwin dengan saya?”
Sekarang hatinya berubah kerana memikirkan masa hadapannya bila berkahwin dengan si buta.
Akhirnya dia menolak lamaran teman lelakinya yang menagih janji gadis ini.
Akhirnya teman lelakinya berkata “Baiklah. Saya akan pergi meninggalkan awak selama-lamanya”
Tetapi dia berkata lagi “Cuma tolong jagakan penglihatan yg awak miliki sekarang sebab pada suatu masa dulu penglihatan mata itu kepunyaan saya”.
Begitulah kehidupan.
Hari ini sebelum kita marah makanan yang tidak sedap dimasak oleh isteri atau ibu kita, fikir dulu, kenangkan ada yang kelaparan tidak ada makanan untuk dimakan.
Sebelum kita memarahi isteri kita, kenangi orang yang terpaksa hidup sendirian.
Sebelum kita mengeluh dengan kerenah anak kita, kenangi orang yang tiada mempunyai zuriat langsung.
Sebelum kita mengeluh berjalan jauh, kenangilah ada orang yang tak mampu berjalan.
Semoga kita mendapat iktibar.
#inspirasidrzubaidi